Malam ni Ustaz Kazim bagi ceramah kot kat Masjid kat area2 rumah aku. Huuuu. Haha. Teruja la jugak en.. mula-mula tengok dia duduk kat depan rasa seronok sangat. Selama ni selalu tengok kat tv je...
Ceramah ni bersempena Maulidur Rasul.. So topik yang dia share ilmu ialah 5 perkara yang Rasulullah sampaikan kepada Abu Hurairah untuk disampaikan kepada kita..
Bawah ni merupakan 5 perkara tu:
1) janganlah melakukan perkara yang haram maka kamulah orang yang paling kuat beribadat.
2) redha dengan segala yang Allah berikan kepada kita, maka kita akan menjadi orang yang paling kaya
3) orang yang paling beriman ialah orang yang menggembirakan orang lain sebagai mana menggembirakan diri sendiri
4) orang yang menjaga hubungan baik bersama jirannya adalah orang yang paling kuat islamnya
5) janganlah kamu bergelak tawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati
Nak terang satu2 memang aku tak mampu la kan. Even Ustaz Kazim sendiri ambik masa 2 jam mengupas benda ni je. Haha. But memang santai la cara penyampaian dia. No wonder la ramai yang suka.
Oklah. Itu je yang aku nak share malam ni. Sori la update blog bukan selalu. Bukan malas, cuma tak rajin. Hahaha :p byeee
No comments:
Post a Comment