Wednesday, January 21, 2015

Sempurna Mempersonakan :)

Kenapa tajuk macam tu? Haha. Okay, itu ada maksud kepada nama Fatin Kamila :) indah kan maksud tu? Tapi, siapa Fatin Kamila tu? Hahaha. Haaa, ni yang aku nak cerita ni..

Bermula perkenalan di Kulim, dia antara perempuan yang terawal yang aku kenal sebab dia sama tutorial dengan aku.... aku taktau apsal aku rasa macam nak sangat kenal ngan dia. hahahaha. Sebab dia comel kot :p hahaha. Lagipun dia selalu ngan geng TGB masa time kuliah. Budak TGB pulak antara yang teramai kan, so boleh kata macam diorang ni menyerlah la gak en awal2... then ada peluang untuk berconversation ngan dia buat kali pertama bukan sebab aku sembang ngan pia, kawan dia. hahaha. Seronok gak time tu, kitorang sembang macam dah lama kenal je. Padahal, baru seminggu rasanya time tu.. haha. Time tu aku tak rasa awkward pun sembang ngan dia. Orang kata kalau kita tenang dengan seseorang tu, dia la jodoh kita. Hahahaha. Ok gurau2. Hahaha. No comment pasal benda tu... biarlah masa yang menentukan..

Okay itu perkenalan aku ngan dia. Sekarang aku perkenalkan dia dari segi fizikal... orangnya comel. hahaha. Even dah 19 sekarang, muka maintain je dari dulu. Macam aku la. Hahahaha :p aku suka tengok mata dia terutamanya bila dia senyum. Menenangkan gundah gulana dalam hati ini. Cewah. Haha. Dia nampak physically strong and aku rasa dia mng kuat pun antara budak batch aku yang lain.. dia aktif bersukan... katanya dia pro main bola tampar. hebat la tu kan. Haha

Perangai dia pulak.. aku rasa dia sangat matang walaupun manja. Hahaha. Dia juga seorang pendengar yang bagus. Dia sendiri mengaku yang dia selalu jadi Kaunter Aduan. Even ada orang yang dia sendiri tak kenal mengadu masalah diorang kat dia. Hahaha. Mungkin sebab dia kakak yang pertama, dia sabar je layan kerenah orang. Termasuk kerenah aku sendiri yang mengada. Hahahaha
 Dia rajin, walaupun ada lazy day gak tp tu normal la en.. tak leceh la kalau buat kerja ngan dia. Tak banyak songeh. Haha

Dia jugak jadi cikgu kedua aku untuk subjek kimia. . Mana taknya... dalam kuliah aku asyik tidur, mengelamun dan tak lupa jugak coc. haha. So. Dia la yang banyak tolong aku untuk cover balik apa yang aku tertinggal dalam kelas. Kesian cikgu maria. Haha. Nasib dia sabar ngan aku. Thanks kat cikgu maria. Time dah nak dekat final memang banyak gila jasa Fatin Kamila ni kat aku. Terima kasih la ye :) dapat gak merasa chemistry aku dapat A final haritu. Alhamdulillah...

Oh ya. Lupa nak bagitau, dia la cameraman yang aku cakap nak perkenalkan tu.. haha

Sebelum aku mengakhiri artikel ni.. aku nak bgtau something...

Seven billion smiles in this world. Yours is my favourite :)

Haha. Cliche pun cliche laa....
 
Haaa. Ni la orangnya. Comel kan? Haha. Her smile, so cute :) kanan tu aku. Okay, first time aku tunjuk gambar aku. Hahaha

Okaylah. Byeeee :)



Tuesday, January 20, 2015

I Don't Want To Miss A Thing by Aerosmith

This is my all-time favourite song :)

Banyak sangat kenangan yang aku ada dengan lagu ni. Banyak sangat dan tak mungkin akan aku lupa kenangan tu.

Kenapa lagu tu? Entah la. Bagi aku ni lagu Aerosmith yang paling aku suka selain Dream On. Lirik lagu ni meaningful sangat. Masa dinner untuk budak2 program yang sama ngan aku, aku perform lagu ni dengan Nabil, MB, Azhar. Alaaa. Aku bassist je pun. Ah gi mampus. Asalkan dapat perform. Hahahaha. Kitorang berlatih gila2 lagu ni instead of 2 lagu lain yang kitorang akan bawak masa dinner..

Then sampai hari dinner tu. Petang tu kitorang kena perform depan cikgu dulu. Tiba2 cikgu cakap cikgu taknak kitorang perform lagu tu... ahhhhhhh. Kitorang terus hilang semangat nak perform. Sedih je... then budak2 lain semua balik kolej dulu tggal kitorang je. kitorang perform lagu tu buat kali terakhir tanpa budak lain.. perghhh. Aku menangis time tu sbb feel gila lirik lagu tu. Hahahhahaha.

Malam tu kitorang perform je la dua lagu lain tu... pastu last2, cikgu ramai dah balik so tak formal dah la en. Kitorang perform je la. Hahaha. Alang2...

Teruja sangat. And yeah... the other reason aku nak perform is for the cameraman :) yeahh. rindu dia. Walaupun tak banyak kenangan, tapi aku akan ingat ye awak. Haha. Eh, cameraman ni sekarang ni rahsia ah.. nanti aku bagitau korang. Hahahaha. Bawah ni video lagu tu. Layan lah eh. Aku berani jamin. Best sangat...

Okaylah. Setakat ni je kot. Byee

Monday, January 19, 2015

3 anggota yang menjadi penyebab manusia masuk ke neraka

Di pagi yang indah ini,
Ingin aku berkongsi,
Apa yang telah kudapati,
Pada malam sebelum ini.

Ceaahhh. Hahahaha. Okay. Kali ni aku nak share lagu satu benda yang Ustaz Kazim cerita dalam ceramah semalam. Aku dah bagitau benda apa kan kat tajuk tu so aku proceed je la ke 3 benda tu ya.

1) lidah
- Ini memang semua orang dah sedia maklum la kan... mengutuk mengumpat mencarut maki semua tu la perkara yang kita selalu buat. memang betul la apa yang Rasulullah cakap ramai masuk neraka kerana lidah. Tapi jangan ingat yang kita tulis kat media sosial tak dikira kerana tak guna lidah. Salah tu. Kalau takde media sosial, tentu kita akan cakap benda sama guna lidah... so kawal la lidah kita ye :)

2) kemaluan
- ustaz Kazim tekankan benda ini sebab ramai yang basuh kencing tak betul, yang tak basuh pun ada katanya. Haha. Bila tak basuh betul betul faham2 la ye. Karang menitik kat pakaian, dah najis. Tak sah bawak solat..

3) tumit
- aku mula2 dengar, hah? Kenapa tumit? Pastu dia cakap la yang ramai bila ambik air sembahyang, basuh kaki tapi bawah tumit melekap kat lantai so air takleh lalu. Maka tak sah la wuduk dia. Wuduk tak sah, solat pun jadi tak sah...

Okay lah. Itu je yang aku nak share untuk pagi ni. Byeee :)

5 pesan Rasulullah kepada Abu Hurairah

Malam ni Ustaz Kazim bagi ceramah kot kat Masjid kat area2 rumah aku. Huuuu. Haha. Teruja la jugak en.. mula-mula tengok dia duduk kat depan rasa seronok sangat. Selama ni selalu tengok kat tv je...

Ceramah ni bersempena Maulidur Rasul.. So topik yang dia share ilmu ialah 5 perkara yang Rasulullah sampaikan kepada Abu Hurairah untuk disampaikan kepada kita..

Bawah ni merupakan 5 perkara tu:
1) janganlah melakukan perkara yang haram maka kamulah orang yang paling kuat beribadat.
2) redha dengan segala yang Allah berikan kepada kita, maka kita akan menjadi orang yang paling kaya
3) orang yang paling beriman ialah orang yang menggembirakan orang lain sebagai mana menggembirakan diri sendiri
4) orang yang menjaga hubungan baik bersama jirannya adalah orang yang paling kuat islamnya
5) janganlah kamu bergelak tawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati

Nak terang satu2 memang aku tak mampu la kan. Even Ustaz Kazim sendiri ambik masa 2 jam mengupas benda ni je. Haha. But memang santai la cara penyampaian dia. No wonder la ramai yang suka.

Oklah. Itu je yang aku nak share malam ni. Sori la update blog bukan selalu. Bukan malas, cuma tak rajin. Hahaha :p byeee

Tuesday, January 13, 2015

Media Sosial

Zaman sekarang kita memang tak lari daripada perkembangan media sosial kan?

So kat sini aku share sikit la pendapat aku pasal penggunaan media sosial ni la kan. Memang banyak kebaikannya. Aku tak nafikan. Dan aku rasa korang semua mesti dah expert punya kalau cakap bab kebaikan media sosial tu.. haha. Tapi zaman sekarang juga hidup masyarakat yang tak kenal baik dan buruk bila di media sosial.

    'jangan jadikan media sosial ni jadi media so sial'

Pertama, tak semua benda kita perlu share kat media sosial kan.. dulu sampai ada yang nak gi tandas pun tweet, nak aku ikut ke? Hahahaha. Kalau sesuatu benda tu kita share kat public, then public cemuh kita, bash kita, jangan la marah tak tentu pasal. Salah kita gak pergi share benda tu. Tak perlu pun kita dedahkan keburukan kita sestelah Allah menutup keburukan kita di mata orang...

Kedua, kita kena ingat, orang lain pun ada perasaan jugak. So jaga la perasaan sesama kita ye. Jangan la kita saling maki memaki. Kalau nak tegur orang kat public, jangan sampai memalukan. Jangan la mention orang tu dalam teguran tu. Itu memalukan, bukan menegur namanya.. kalau betul nak dia tau kita tegur dia, tegur personally. Bukan di media sosial...

Hmmm. Tu je la kot yang aku nak share. Penat type guna fon ni. Haha. K bye :)

Hidup Kita di Dunia ini

“Aku kena hidupkan kehidupan aku sekarang, bukan kehidupan lampau”

                Aku percaya yang ramai daripada kita yang dibelenggu kehidupan masa lampau kan? Begitu juga aku. Tapi, kita kena la ingat yang kita merangka hidup untuk masa hadapan dan bukan merangka kehidupan yang lampau. Memang aku tak nafikan yang masa lampau tu penting buat diri kita tapi cukuplah sekadar menjadikan masa lampau kita tu sebagai pengajaran dan pembakar semangat untuk menghadapi kehidupan akan datang. Bukan sesuatu yang melemahkan dan menakutkan kita untuk menempuhi cabaran yang mendatang.

            Sebagai seorang remaja, mungkin ramai daripada kita yang akan membicarakan soal cinta bila aku ungkapkan kata-kata tu. Kehidupan lampau kita kadang-kadang membentuk siapa diri kita sekarang. Buat mereka yang kecundang, aku nasihatkan supaya janganlah terlalu dihantui dengan kisah lama sampai ada yang hilang selera makan la, ada yang nak bunuh diri la, ada yang dah taknak berkawan dengan orang dah. Orang dalam gua pun berkawan tau. Hehe. Okay hambar, lupakan :p jadikan la masa lampau tu sebagai pengajaran untuk membantu diri kita menjadi orang yang lebih baik dan lebih matang dalam perhubungan.

            Hanya yang bertuah je akan berjaya dengan cubaan pertama.


So jangan la mengalah dalam kehidupan ni. Bukan manusia la namanya kalau tak penah menemui kegagalan. Orang yang berjaya hidupkan mentol yang pertama di dunia pun berjaya setelah mencuba 999 kali. Okay, bapak rajin makhluk tu. Kalau aku jadi orang tu, aku rasa takde mentol masa zaman kita ni. Hahahaha. Okay lah, itu je pun aku nak cakap. Hehe 

Intro sikit......

Kata orang tak kenal maka tak cinta. haha. entah laaa...

So biarla aku perkenalkan diri aku la eh. Nama Amirul Syafiq. Nama bapak rahsia. nama isteri pun rahsia. hahahahaha. okay tu lambat lagi aku nak tau..

Physically orang kata aku macam cina. Tapi aku rasa aku takde la cina mana pun, ahh biarla, janji dalam ic aku melayu. bukan nak racist ke apa, tapi kalau aku isi borang pape je mesti ada ruang untuk bangsa. so aku rasa tak salah la en..

Kata orang juga aku ni memahami dan pandai bagi nasihat. bagi nasihat je la. nasihat aku sendiri pun aku tak ikut. hahaha. sekadar mendengar tu aku okay je. angguk dan dengar... angguk then dengar lagi... haha

tu je la kot aku nak intro. k byee. bye k :p